Terdapat 2 jenis skop pancingan gewang di marang. Salah satunya menumpukan pancingan gewang bagi ikan air payau/sungai air masin/pinggir pantai/laut. Antara spesis ikan yang menjadi target utama penggewang adalah seperti ikan Siakap, Kakap merah, Kerapu, bulan dan kekacang/todak/alu-alu. Bagi skop pancingan gewang ini, beberapa lubuk/kawasan utama menjadi tumpuan terutamanya di sekitar benteng pemecah ombak di Kuala Pekan Marang, Sungai Gong Balai, Sungai Merchang, Sg.Pulau Kerengga dan Sg.Marang. Keaktifan ikan menyambar gewang banyak bergantung keadaan air terutama ketika proses pertukaran air surut kepada air pasang atau disebaliknya. Keadaan air sungai yang paling comel adalah ketika air sungai kebiruan/kehijauan yang menandakan kemasinan air yang agak tinggi walaupun berlaku air surut merupakan saat terbaik bagi ikan aktif menyambar gewang.
Skop kedua pancingan gewang di Marang pula menumpukan pancingan gewang bagi ikan-ikan air tawar seperti Sebarau, haruan dan toman. Antara lubuk-lubuk yang menjadi tumpuan utama bagi penggewang ikan sebarau adalah seperti Pintu Air(Dam Kecil) Pengkalan Berangan, Kebun Limau Kubu, Sg.Asing dan Sg.Beris. Kebanyakan ikan sebarau yang diperolehi adalah bersaiz sederhana iaitu dalam lingkungan 1-2 kg.Ini mungkin di sebabkan oleh cara pancingan yang hanya dilakukan secara tebingan sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hi Jibam,
Satu informasi yang bagus dan lengkap mengenai lubuk-lubuk ikan di Terengganu. Saya pastinya tak akan lepaskan peluang ke tempat-tempat tu jika saya ke Terengganu nanti
asl...slm perkenalan,duk mane...ajok ambe gok bila nk mancen....tp bln 12 je la...psl ambe pn ckgu gok..
asl jbam,slm perkenalan...mrag lek mane,buleh gok ajok ambe bla mu nok mancen...tp bln 12 je le...psl ambo pun cikgu gok...
Post a Comment